MESTI & BESS

Kursus Pendedahan Keperluan Pensijilan MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dan BESS (Bersih Selamat Sihat)

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya. Walaubagaimana pun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M).
Pengiktirafan “BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT” (BeSS) pula adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada premis makanan bagi menggalakkan pengusaha mengekalkan premis yang bersih, menyediakan makanan yang selamat dan pilihan makanan yang lebih sihat kepada pelanggan.

Terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh premis makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:
i. Mengekalkan premis yang bersih;
ii. Menyediakan makanan yang selamat;
iii. Menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat; dan
iv. Menyediakan dan mempromosikan saiz hidangan makanan yang sesuai mengikut keperluan individu.

1. Untuk mendedahkan usahawan tentang Prosedur Pensijilan MESTI dan BESS.
2. Untuk memberikan kefahaman kepada usahawan tentang Elemen dan Keperluan Pensijilan MESTI dan BESS.
3. Untuk membantu usahawan merangka dan melaksanakan dokumentasi MESTI dan BESS bagi memastikan keselamatan dan menjamin kualiti produk dan makanan yang dihasilkan

1) Usahawan / Pengusaha Industri Makanan dan Minuman
2) Pengusaha dan pekerja kafe, bakeri, Restoran dan Catering
3) Pengusaha dan pekerja Hotel, Resort dan Dapur
4) Pengusaha dan pekerja Pasar Malam, Penjaja dan Kantin
5) Individu yang berminat untuk mendapatkan pensijilan MESTI & BESS

i. Pengenalan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PKJM)
ii. Pengenalan Pensijilan MESTI
iii. Elemen-elemen MESTI
iv. Pengenalan Pensijilan BESS
v. Elemen-elemen BESS
vi. Perbezaan MESTI vs BESS
vii. Pelaksanaan dan Dokumentasi Pensijilan MESTI dan BESS

COURSE OUTLINE
Kursus Pendedahan Keperluan Pensijilan MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dan BESS (Bersih Selamat Sihat)
4.0 KANDUNGAN KURSUS
i. Pengenalan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PKJM)
ii. Pengenalan Pensijilan MESTI
iii. Elemen-elemen MESTI
iv. Pengenalan Pensijilan BESS
v. Elemen-elemen BESS
vi. Perbezaan MESTI vs BESS
vii. Pelaksanaan dan Dokumentasi Pensijilan MESTI dan BESS